Wakil UiTM dan pemenang bersama Gabenor Kota Batam Ansar Ahmad , Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli , Pengarah CIMT , Firdaus Dahlan dan Wakil Pengerusi IMT-GT UNINET, Prof Dr Shahriman Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR – Empat penuntut UiTM dinobatkan sebagai johan dalam IMT-GT Virtual Innovation Competition 2023 “Innovation Synergy Towards Sustainable Development Goals” yang dianjurkan oleh Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT) dgn
kerjasama UiTM Global.

Acara ini diadakan sempena 29th IMT-GT Ministerial Meeting and Related Meeting telah diadakan di Batam, Indonesia pada 26-30 September 2023 bersempena ulangtahun ke 30 tahun IMT-GT.

Kemenangan tempat pertama oleh pelajar UiTM ini adalah menerusi video inovasi pemulihan kecederaan kesihatan bertajuk “Development Of Patient Specific Adaptive Assistive Device For Brachial Plexus Injury”.

Pemenang tempat pertama yang terdiri dari Chyesia Moses Haremy, Intan Munirah Zulkifli, Natiara Hashim dan Ahmad Dzuharuddin.

Kemenangan yang merupakan hasil kolaborasi Kolej Pengajian Kejuruteraan ( Mekanikal) dan Fakulti Perubatan UiTM memenangi hadiah tajaan CIMT yang berupa wang tunai RM4000, pakej percutian ke Batam beserta sijil.

Pemenang tempat kedua dan ketiga adalah dari Universitas Syiah Kuala yang masing masing mempertandingkan inovasi dalam pergigian “Application Gigoe Detection (Dmf-T Caries Index Calculation Application Uses Dental Images With Deep Learning)” dan inovasi agro ‘artificial IOT To Classify And Predict The Quality Of Produce In Smart Agriculture”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast