Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang kru kapal warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata dalam mangsa, Miah Md Ujjal dikatakan terjatuh dalam laut pada ketinggian kira-kira enam meter ketika sedang membuat kerja di atas kapal Als Clivia.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.12 pagi, sebelum beberapa jentera dengan kekuatan 24 anggota dan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Skudai, digegaskan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh dua anggota PPDA di lokasi mangsa dipercayai jatuh dengan radius pencarian 25 meter ke kiri dan kanan kapal.

“SAR dihentikan sementara pada 3.15 petang semalam disebabkan keadaan arus laut, namun disambung semula pada 4.18 petang selepas keadaan normal, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi SAR disambung semula pada 10 pagi tadi. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast