Allaudeen Abdul Majid.

KUALA LUMPUR – Hutang disyaki menjadi motif pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka yang mayat mereka ditemui dalam keadaan tangan, kaki diikat dan kepala dibalut plastik dalam  setor sebuah rumah kedai di  Sentul pada 22 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan kes itu sudah selesai dan ia dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan.

“Siasatan awal polis dalam kes ini percaya motif kejadian ini mempunyai kaitan dengan wang, hutang, bayaran dan sebagainya.

“Siasatan juga sudah selesai dan kita menuduh empat individu warga Sri Lanka (di mahkamah) termasuk seorang suspek yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 30 September lalu.

“Sebelum ini, kita tahan lapan individu membantu siasatan lanjut tetapi empat daripadanya sudah dibebaskan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam perkara sama, Allaudeen menambah pihaknya akan melihat sama ada mereka yang dibebaskan itu Tiadaakan dijadikan sebagai saksi pendakwaan kes di mahkamah.

Mengulas mengenai keadaan tiga mayat itu, Allaudeen menjelaskan, tiada sebarang tanda atau kesan unsur dera ditemui pada mayat.

“Tidak ada tanda-tanda (mangsa) diseksa dan siasatan lanjut juga mendapati, kita percaya mereka diikat dan dilemaskan seiring dengan keputusan bedah siasat terhadap mangsa dengan punca kematian adalah lemas,” katanya.

Pada 22 September lalu, polis telah menemui mayat tiga lelaki warga Sri Lanka dalam keadaan ditindan dengan salah seorangnya bogel di dalam bilik setor di rumah kedai Kampung Kovil Hilir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast