Aktiviti menyambut kepulangan pengundi sebagai simbolik meraikan melibatkan 100 pengundi  melibatkan penyertaan pemuda, puteri dan anak muda Pelangai yang mengibarkan bendera dan spanduk sepanjang jalan utama Simpang Pelangai

BENTONG – Seramai 100 generasi muda di Pelangai hari ini menyambut kepulangan pengundi luar bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut, esok.

Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, pengundi luar mula pulang pada Rabu lalu dan bilangannya dijangka meningkat menjelang esok.

”Mereka bersorak sambut anak muda balik pukul 5 hingga 7 petang, di tiga felda serentak bermula Rabu, Khamis, Jumaat.

”Mereka dah start balik Rabu, hari ini ramai juga nampak baru sampai dan dijangka esok lebih meningkat kepulangan,” katanya.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mempunyai 16,456 pengundi berdaftar dan hampir 75 peratus adalah pengundi Melayu manakala pengundi Cina mewakili 20 peratus, India dan Orang Asli 10 peratus.

Kira-kira 2,000 orang merupakan pengundi luar.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati mereka yang menyambut kepulangan pengundi luar menunggu di Simpang Pelangai dengan membawa spanduk, plakad dan bendera Barisan Nasional.

Mereka yang pulang dengan kereta membunyikan hon sebagai tanda penghargaan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast