Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO mempersoalkan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang marah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat peguamnya, Rosli Dahlan, semalam.

Kata Dr Puad Zakarshi, semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu rumah Datuk Seri Najib Razak dan ibunya, Tun Rahah Mohamed Noah, Muhyiddin diam.

“Eloklah SPRM serbu pejabat Rosli Dahlan. Rakyat pun mahu tahu bagaimana Rosli Dahlan dilantik peguam 1MDB? Ada unsur kroni ke?,” tanya Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sambil meminta SPRM mendedahkan berapa yuran yang Rosli Dahlan terima.

Ini kerana, kata Puad, Rosli pernah buat laporan polis tuduh Pusat C4 memfitnahnya menyumbang yuran 1MDB pada Bersatu.

Malah, Rosli juga didakwa membuat laporan polis konon Lokman Adam fitnahnya menerima yuran dari 1MDB sebanyak RM 1.7 bilion.

Namun, Rosli kata dia terima lebih rendah dari itu.

“Lebih rendah tu berapa? 500 Juta? 400 Juta? Dan adakah duit itu disumbang kepada Bersatu?,” soal Puad lagi.

Muhyiddin dalam kenyataanya menyifatkan serbuan SPRM itu sebagai salah guna kuasa terhadap peguam yang mewakilinya.

“Ini seolah-olah ada gambaran sesuatu nak dilakukan. Ini salah guna kuasa pihak tertentu,” katanya pada pentas akhir ceramah mega PRK Pelangai di Dataran Purnama, Bentong.

Muhyiddin juga menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghentikan “kezaliman” dan memfokuskan tumpuan kepada ekonomi negara serta membantu rakyat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast