Syed Ibrahim menyerahkan sumbangan Kerajaan negeri Pahang bagi membantu kos membawa balik jenazah kepada balu Allahyarham Muhammad Izzat di Kuantan hari ini

KUANTAN – Pengkebumian jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang meninggal dunia dalam tahanan imigresen di Myanmar, Muhammad Izzat Abdul Wahab, akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sejurus tiba pada 27 Oktober ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri dan kedutaan Malaysia di Myanmar bekerjasama bagi memastikan proses membawa pulang jenazah ke tanah air.\

“JAIP menyediakan van jenazah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membawa jenazah ke Kuantan.

“Urusan pengebumian akan diuruskan kerajaan negeri melalui JAIP bagi meringankan beban keluarga mangsa,” katanya yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan sebanyak RM25,000 bagi membantu membawa pulang jenazah Muhammad Izzat.

Muhammad Izzat, 28, berasal dari Peramu, Kuantan maut dalam tahanan imigresen Taichiliek selepas berjaya diselamatkan oleh wakil sebuah pertubuhan kemanusian pada 14 Oktober lalu.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang, berkata proses tersebut memakan masa berikutan jarak perjalanan serta proses dokumentasi pengurusan yang perlu dilakukan.

Katanya, ia membabitkan perjlanan sejauh 2,000 kilometer dari Tachileik. ke Yangon.

“Kita berharap segala urusan dipermudahkan untuk membawa pulang jenazah Muhammad Izzat ke tanah air,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast