Orang ramai berhimpun menyatakan solidariti kepada Palestin yang diserang secara berterusan oleh ISrael pada Himpunan Freedom For Palestine anjuran Viva Palastina Malaysia dan MYCARE ketika di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 22 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Meskipun ribuan rakyat Malaysia hadir dalam himpunan aman Freedom For Palestine yang diadakan di Dataran Merdekat hari ini, namun rata-rata bersuara lantang melahirkan tidak berpuas hati terhadap penganjur.

Dalam aplikasi di TikTok, seorang wanita yang menggunakan nama ‘Hajar’ kecewa apabila mendakwa penganjur menggelar para peserta himpunan itu bersikap sama seperti zionis apabila mereka membawa sepanduk dan plakad yang menggelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang.

Paling mengecewakan wanita itu apabila penganjur juga dilarang melaungkan ‘Allahuakbar.

“Anda mahu puaskan hati siapa? Anda dan kumpulan elit anda di atas pentas cuba melarang peserta tidak boleh buat ini dan itu.

“Anda beri amaran peserta jangan laungkan ‘Allahuakbar’ kerana mengatakan himpunan itu himpunan kemanusiaan,” katanya dengan nada marah.

Menyifatkan himpunan berkenaan sebagai gagal, wanita tersebut menegaskan penganjur sebenarnya  tidak menumpukan tujuan himpunan sebenar iaitu untuk bersolidariti untuk Palestin.

Keadaan itu, dakwanya menyebabkan para peserta tidak mahu berada di kawasan perhimpunan sebaliknya berada di jalan raya untuk berkumpul sendiri.

“Betapa memalukan Viva Palestina Malaysia,” tambahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa supaya penganjur Viva Palestina Malaysia iaitu Datuk Dr Musa Mohd Nordin memberi penjelasan terhadap dakwaan wanita berkenaan.

Himpunan berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Dalam pada itu, pemilik akaun Facebook Burhan Zulkifli mendakwa himpunan solidariti negara bukan Islam lagi gempak.

“…Malaysia ni dah jadi pengecut dengan Israel,ibarat mulut kena zip..kenapa dah kena ugut?,” soalnya.

Sokongan moral yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap Palestin pada Himpunan Freedom For Palestine anjuran Viva Palastina Malaysia dan MYCARE ketika di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 OKTOBER 2023.

Seorang daripada para peserta himpunan itu, Muhd Mirza berkata, dia salah seorang yang hadir dan balik awal.

“Sangat kecewa dengan penganjur yang bacul.Bayangkan yang dekat tepi padang tu lagi keras demonstrasi berbanding yang atas padang. Laungan takbir pun penganjur tak bagi laungkan dan ada sepanduk yang dirampas sebab tunjuk relaiti kekejaman zionis,” katanya.

Amirul Asyraf pula turut menyelar Viva Palestina Malaysia dengan menyatakan: “Dia yang anjur…dia yang koyak. Macam pelik je”.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook bernama Mat Ali bertanya” “Penganjur  baru keluar gua ke? Ada ke larang hate speech?

“Kalau demo tak tunjuk hate speech kepada pemimpin Israel? Nak tunjuk speech apa? Kalau tak benci sikap zalim Israel maka nak tunjuk demo apa?

“Palestin sendiri pun hate perangai buruk Israel zionis tetiba ada orang yang tunjuk demo kasih sayang? Penganjur kalau tak faham apa erti kemanusiaan dan kekejaman lebih baik jangan sibuk buat demonstrasi Palestine….biar orang yang faham handle,” ujarnya. – MalaysiaGazette