DHAKA – Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan ramai lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di timur Bangladesh.
Pihak berkuasa berkata, sebuah kereta api barang merempuh koc belakang kereta api penumpang di Bhairab, 80 kilometer di timur laut Dhaka pada petang Isnin.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat kesilapan isyarat.
Tiga lagi meninggal dunia di hospital di mana kira-kira 50 cedera sedang dirawat.
Angka kematian boleh meningkat lagi kerana operasi menyelamat masih dijalankan, Anowar Hossain, penguasa Polis Kereta Api Dhaka kepada media.
Kakitangan hospital berhampiran kini sedang bergelut dengan peningkatan mangsa yang cedera.
Pihak berkuasa Bangladesh telah melancarkan siasatan rasmi mengenai punca kemalangan itu.
Selain kesilapan isyarat, keadaan landasan yang buruk dan lintasan rel yang tidak diselia turut menjadi punca kemalangan.
Pada April, beberapa orang cedera selepas kereta api penumpang yang menuju ke Dhaka bertembung dengan kereta api barang di Comilla, selatan Bhairab.
Kemalangan itu juga dipersalahkan atas kesilapan isyarat. – Agensi