YANGON – Jenazah Allahyarham Muhammad Izzat Abdul Wahab selamat dimandikan dan dikafankn hari ini sebelum dibawa pulang ke tanah air esok.
Proses memandikan jenazah disempurnakan di rumah mayat Hopital Yangon, diuruskan oleh komuniti Islam di sini, kata abang Izzat, Muhamad Hasmanizam Abdul Wahab ketika ditemui.
“Proses memandikan mayat dilakukan oleh Komuniti Islam di Yangon pada 10 pagi waktu Myanmar.
“Selepas dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dilakukan di Hospital Yangon.
“Kemudian setelah solat jenazah proses ‘seal’ keranda mengikut prosedur kargo dilakukan oleh pihak kastam Myanmar,” katanya.
Hasmanizam bersyukur semua proses berjalan lancar dan berharap penerbangan membawa pulang jenazah adik bongsunya selamat dibawa esok.
Proses menguruskan jenazah itu dilakukan bersama oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Yangon.
Hadir sama Kuasa Besar Sementara Kedutaan Besar Malaysia Yangon, Johan Ariff Abdul Razak dan Atase Pertahanan, Kolonel Abdul Razak Harun.
Jenazah Muhammad Izzat akan diterbangkan menaiki pesawat MH741 jam 11.25 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.50 petang.
Jenazah seterusnya akan dibawa menaiki van jenazah dan diiringi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Sejurus tiba solat jenazah kedua akan dilakukan di Kuantan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Perkuburan Peramu, di sini, esok.
Muhammad Izzat Abdul Razak, 28, meninggal dunia di Balai Polis Taichileik selepas diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdangan manusia setelah diselamatkan oleh wakil pertubuhan kemanusiaan pada 14 Oktober lalu. – MalaysiaGazette
















