YANGON (Myanmar) – Mencari makanan halal bagi pelancong Muslim yang bermusafir di ibu kota Myanmar tidak begitu sukar sebenarnya meskipun negara itu didiami penduduk majoritinya beragama Buddha.
Pemilik Food Fair, Ilyas Ishak, 63, berkata, banyak premis yang menyajikan makanan yang halal di ibu kota Myanmar.
Bagi usahawan tempatan itu punca dia membuka restoran menyediakan makanan halal berasaskan makanan Malaysia kerana rasa kagum terhadap tanah air sendiri.
“Mencari halal makanan tidak sukar Myanmar, banyak tempat ditawarkan cuma bukan terletak di tengah- tengah bandar.
“Walaupun tidak ada logo halal namun makanan yang disajikan halal untuk Muslim memakannya.
“Antara menu yang menjadi kegemaran di sini roti canai, roti mamak, nasi goreng termasuk teh tarik,” katanya.
Difahamkan logo halal di negara itu digantikan dengan konsep angka 786 yang bermaksud makanan halal atau makanan untuk orang disajikan kepada orang Islam. – MalaysiaGazette