KLUANG – , Penganjur Karnival Jelajah Makanan Johor membuat permohonan maaf berhubung ‘goyang gerudi’ yang berlaku ketika persembahan kumpulan band tempatan yang diadakan Dataran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam , Rabu lalu.
Video ‘joget lambak; sekumpulan anak muda telah tular dan dikecam oleh netizen yang menyifatkan ia tidak sewajarnya berlaku di negeri ini.
Dalam kenyataannya, penganjur kesal dengan kejadian tersebut.
Pihak mengakui disebabkan kejadian itu, permit penganjuran karnival itu telah dihentikan kerana melanggar syarat ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR).
Permohonan maaf itu dimuat naik dalam laman sesawang Facebook dan mengakui kesilapan atas kelemahan pihaknya yang gagal mengawal pengunjung pada malam kejadian.
Pihaknya tidak berniat untuk mencemarkan penganjuran karnival ini, selain mahu memeriahkan program yang dianjurkan.- MalaysiaGazette