Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, bapanya Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang berada dalam keadaan sihat dan sedang menyambung pelajaran. Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Suara Demi Najib di Dewan Besar, Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.