Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (kanan) dan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

KUALA LUMPUR – Pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan ada beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) ditawarkan jawatan dan projek disahkan dua ahlinya.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Dr. Ku Abd Rahman berkata, dirinya dihubungi menerusi pesanan aplikasi WhatsApp yang penawaran projek pembinaan hotel di kawasannya.

“Saya dapat mesej daripada seseorang, rupanya dia sudah teliti latar belakang kita dan kaji kawasan saya. Dia cadang nak buka hotel butik di kawasan saya di belakang Darulaman Golf Club, saya terus blok dia,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PN di Publika hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Tawaran itu dipercayai untuk menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh turut mendedahkan beliau turut dihubungi seseorang yang dinamakan Datuk Rizal Adham.

Beliau mendapat satu e-mel yang individu berkenaan bercadang untuk membina hotel 40 bilik di Besut.

“Saya baru terima satu e-mel daripada Datuk Rizal Adham, cadangan pembangunan hotel 40 bilik dilengkapi kolam renang dan pasar raya runcit di Parlimen Besut,” katanya dalam sidang media berkenaan.

Kedua-dua mereka berkata demikian mengulas pendedahan Wan Saiful malam tadi antaranya tawaran menarik diberikan sebagai habuan untuk meninggalkan parti tersebut termasuklah pelawaan mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara lain adalah tawaran membina hotel di kawasan masing-masing malah tawaran projek tanaman cili pun ada ditawarkan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wan Saiful dakwa ada MP Bersatu ditawarkan jawatan pengerusi GLC