Marcus Rashford. Foto Sky Sports.

LONDON – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengesahkan Marcus Rashford sudah meminta maaf kerana berhibur di kelab malam selepas kekalahan 3-0 kepada Manchester City hujung minggu lalu.

Pengendali dari Belanda itu memberitahu, walaupun tidak boleh menerima sikap penyerang sayap itu, dia tetap menerima permohonan maaf.

“Saya ada bercakap dengannya. Ia tidak boleh diterima, saya memberitahunya, dia meminta maaf dan itu sahaja. Selebihnya adalah hal dalaman.

“Dia bersemangat untuk memperbetulkan keadaan. Saya tahu dia sedang berusaha. Dia melakukan kesilapan, tetapi tidak bermakna dia tidak bersama kami,” kata.

Rashford kini dikecam gara-gara kemerosotan prestasi yang menjadi salah satu faktor utama United mengharungi permulaan musim yang memalukan.

Pemain antarabangsa England itu meledak 30 gol untuk kelabnya musim lalu tetapi hanya sekali menemui sasaran dalam 14 penampilan musim ini.

United tewas lapan daripada 15 perlawanan pertama dalam semua pertandingan – permulaan paling buruk sejak musim 1963-63.

Tekanan ke atas Ten Hag semakin memuncak selepas kekalahan kepada City di Old Trafford disusuli dengan penyingkiran daripada Piala Liga – hasil kekalahan 3-0 di tangan Newcastle.

Rashford memulakan perlawanan itu di bangku simpanan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast