program Helping Hands, Helping Heart 2.0 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang dan penyerahan 40 bakul makanan Parlimen Pasir Gudang di Kampung Orang Asli Teluk Jawa hari ini.

PASIR GUDANG – Ahli Parlimen Pasir Gudang mencabar Datuk Bandar majlis bandar raya itu berdebat susulan pengumuman kenaikan cukai pintu di daerah tersebut mulai tahun depan.

Hassan Abdul Karim menyifatkan kenaikan cukai pintu kira-kira 40 peratus menyebabkan rakyat bertambah marah.

“Kenaikan ini bagi saya sememangnhya tidak wajar. Ini kerana dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga ayam diapungkan dengan subsidi turut disasarkan sememangnya ia tidak sesuai,” katanya.

Terdahulu Hassan Karim menyempurnakan program Helping Hands, Helping Heart 2.0 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang dan penyerahan 40 bakul makanan Parlimen Pasir Gudang di Kampung Orang Asli Teluk Jawa hari ini.

Menurut Hassan, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk Pasir Gudang yang mahu isu itu disuarakan.

Katanya, surat berkenaan kenaikan cukai pintu tersebut sudah dihantar kepada semua penduduk di bawah pentadbiran MBPG sejak bulan lalu.

Sebelum ini MBPG menimbulkan kontroversi apabila menguatkuasakan larangan meletak kenderaan di hadapan rumah bermula 1 Januari 2024 dan tindakan tersebut tertakluk berdasarkan aduan penduduk dan kenderaan yang menghalang laluan sahaja.

Hassan berkata, Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu diminta supaya tidak membuat keputusan sesuka hati tanpa mengambil kira keadaan semasa.

Katanya, sebarang keputusan yang akan dibuat itu akan memberi kesan buruk terhadap Kerajaan Perpaduan,.

“Saya cabar Datuk Bandar adakan ‘town hall’ dan berdebat dengan saya yang mewakili rakyat Pasir Gudang bila-bila masa mengenai kewajaran isu cukai ini,” katanya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast