Friday, May 3, 2024
Home Sukan Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia

Bapa pemilik KDA FC meninggal dunia

Foto Facebook KDA FC.
KUALA LUMPUR –  Bapa kepada pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar meninggal dunia di Hospital Alor Setar, Kedah kelmarin.
Pemergian Bakar Ibrahim, 87, dimaklumkan oleh kelab tersebut di Facebook miliknya.
“Salam Takziah dari Ahli Lembaga Pengarah, warga KDA FC kepada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan seluruh ahli keluarga di atas berita pemergian ayahanda tercinta pagi ini di Hospital Alor Setar.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh,” tulis kenyataan itu.
Allahyarham yang berasal dari Jalan Lumpur, Kedah, difahamkan telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar kerana tidak sihat dan tidak selesa bernafas pada Rabu lalu.
Sumber KDA FC berkata, Mohd Daud difahamkan demam selain didapati terdapat jangkitan kuman di paru-paru dimasukkan ke dalam wad sebelum dibenarkan keluar dua hari kemudian.
Bagaimanapun, kesihatan Allahyarham merosot sebelum dibawa semula ke Hospital Alor Setar pada pagi Isnin lalu. – MalaysiaGazette