Maria Zakharova

MOSCOW – Cadangan seorang Menteri Israel supaya Gaza dibom dengan atom menimbulkan persoalan sama ada negara Zionis itu benar-benar mempunyai senjata nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Warisan Amichai Eliyahu itu seharusnya membuka mata masyarakat dunia terutama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Ia menimbulkan banyak besar persoalan. Persoalan nombor satu ialah, adakah kita mendengar pengisytiharan rasmi bahawa [Israel] mempunyai senjata nuklear?

“Soalan seterusnya pada setiap orang adalah: Di manakah organisasi antarabangsa, di mana IAEA, mana pemeriksa?” katanya dalam satu temuramah dalam televisyen Solovyov.

Zakharova juga berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Israel itu menjelaskan sebab sebenar Tel Aviv menentang penubuhan zon bebas senjata nuklear di Timur Tengah.

Beliau turut menuduh Amerika Syarikat melakukan segala usaha untuk membantu Israel memperoleh senjata nuklear dan memberikan sokongan padu kepada regim Zionis.

“Sekiranya program ini wujud di manakah ujian dijalankan, di tempat ujian apa? Jelas sekali, nampaknya tidak di rantau ini, kemudian di mana? Dan bukankah Amerika Syarikat di belakang semua ini?” soal Zakharova.

Eliyahu dari parti pelampau Otzma Yehudit berkata, salah satu pilihan Israel dalam perang di Gaza ialah menggugurkan bom nuklear di semenanjung tersebut.

Berkata demikian dalam temu bual dengan Radio Kol Berama ketika ditanya sama ada bom atom patut dijatuhkan di kawasan itu.

Bagaimanapun cadangan itu dikritik oleh pelbagai pihak hingga menyebabkan Eliyahu berkata, kenyataannya hanyalah bersifat ‘metafora’.- Agensi