Gambar hiasan

JOHOR BAHRU –  Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Johor telah bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan memastikan kekuatan sumber manusia serta aset-asetnya berada dalam keadaan baik.

Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar berkata, sebanyak 1,264 kekuatan pegawai dan anggota bersedia digemblengkan serta 72 aset bot dan 34 kenderaan darat pelbagai jenis bersiap siaga untuk operasi banjir dan membantu penduduk yang terjejas.

Beliau berkata, APM Johor juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir bermula 1 November lepas bagi melakukan pemantauan berkala di kawasan hotspot banjir dengan 874 kawasan hotspot banjir telah dikenal pasti.

Menurutnya, APM Johor telah melaksanakan ‘Disaster Risk Reduction’ dalam usaha pengurangan risiko bencana merangkumi elemen latihan dan pelan mitigasi.

Melalui ‘Program Local Engagement Approach for Disaster and Emergency Response’ (LEADER), APM Johor telah melatih seramai 65,701 orang, katanya.

“Latihan ini merangkumi ceramah keselamatan kepada penduduk berisiko, program keselamatan kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast