KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dikecam oleh netizen selepas memuat naik gambar kekasihnya melutut dan melamarnya di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Nabila berkongsi momen gembira tersebut dengan berkongsi gambar kekasihnya yang sedang melutut sambil memegang tangannya.
Namun segelintir netizen mengecam cara lamaran Nik Iruwan yang juga merupakan ahli perniagaan melakukan budaya tersebut.
Disebabkan kekasih hatinya melutut untuk melamar, ramai netizen berkata, aksi romantis tersebut bukan cara orang Islam sebaliknya terlalu mengikut budaya Barat.
Selain itu, Nabila dan bekas pelumba kereta litar Formula itu juga dikecam kerana walaupun baru dilamar, kedua-duanya sudah berpegangan tangan sedangkan perkara tersebut dilarang dalam Islam.
Terdahulu, pasangan itu dikatakan sudah bertunang pada Ogos lalu dan akan bernikah pada ulang tahun kelahiran penyanyi tersebut semalam namun dakwaan tersebut ternyata tidak benar.
Bagaimanapun, Nabila, 31, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali masih belum mendedahkan tarikh perkahwinan mereka akan dilangsungkan. – MalaysiaGazette