cockeyed molest GrabFood rider Tamarind Square Cyberjaya
ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan reman seorang pekerja kilang bernama Azizy yang dipercayai ada kaitan dengan kes memberi komen jelik pada perdana menteri.

Suspek, 43, ditahan pada jam 9.30 malam di Melaka.

Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki itu direman selama dua hari.

Dia akan disiasat di bawah Seksyen Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Wan Kamarul Azran mengesahkan individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelek terhadap perdana menteri seperti tular di aplikasi Whatsapp disahkan bukan seorang anggota polis.

Menurut beliau, semakan pihaknya mendapati, individu berkenaan bukan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang seperti yang didakwa.

Beliau berkata, hasi semakan nombor telefon individu berkenaan melalui sistem laporan polis bersepadu (i-PRS) dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) mendapati penama bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM). – MalaysiaGazette