KUALA LUMPUR – Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak hari ini melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Yati Zainuddin.
Ia diakui oleh Nazir sendiri dalam media sosialnya hari ini dan memaklumkan isterinya merupakan kenalan lama semasa belajar di United Kingdom.
Sebelum itu, beberapa individu menularkan gambar perkahwinan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu di media sosial termasuk anak bongsu Najib, Norashman.
“Congrats Uncle Jay @nazir.razak,” katanya menerusi Instragam Storynya hari ini.
Yati merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.
Majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di media sosial beliau.
Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Sri Datuk Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Pasangan ini dilaporkan bercerai pada 2023.- MalaysiaGazette