GAZA CITY – Rejim Israel kini memperhebatkan serangan di selatan Gaza selepas berjaya menawan utara wilayah Palestin itu.
Menurut AL Jazeera, keadaan di selatan Gaza yang menjadi tempat pelarian berlindung kini menyamai situasi yang dihadapi penduduk di utara.
Kira-kira 31 rakyat Palestin termasuk dua wartawan telah terbunuh dalam serangan berasingan yang berlaku di Kem pelarian Nuseirat dan kem pelarian lain.
Serangan terbaru yang berlaku di Hospital Eropah pula meragut nyawa dua rakyat Palestin dan beberapa lagi cedera.
Menurutnya, banyak bangunan kediaman telah diratakan di Khan Younis selepas Israel melakukan pengeboman dari utara.
Selatan Gaza telah dianggap sebagai tempat yang selamat bagi majoriti rakyat Palestin yang telah diarahkan berpindah dari utara oleh Israel.
Angka kematian kini mencecah 12,300 orang dengan daripadanya 5,000 kanak-kanak, 3,300 wanita, 200 anggota perubatan dan 56 wartawan. – Agensi