Antara kerosakan padang permainan di Taman Merdeka di Banda Hilir yang sering menjadi tumpuan pelancong ke Melaka

MELAKA – Kerosakan di beberapa kawasan kemudahan awam khususnya kawasan tumpuan pelancongan di negeri ini akan diperbaiki sebelum 15 Disember ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, usaha itu akan disegerakan agar tidak menjejaskan usaha menarik pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Sebelum 15 Disember ini, semua (kerosakan) kita akan selesaikan dan sekarang ini peringkat akhir betulkan sikit-sikit.

“Sekarang kita dapat lihat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerja keras pastikan isu-isu pelancongan ini selesai sebab 25 Disember kita akan aturkan pelbagai program TMM2024,” katanya.

Beliau yang berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Amanat Sempena TMM2024 dan Program Pembaharuan Lesen Beca MBMB 2024 di Jalan Kota, Banda Hilir di sini hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman.

Sementara itu dalam perkembangan lain Abdul Razak berkata, sempena TMM2024, kerajaan negeri akan menanggung kos permit tahunan operasi beca kepada 373 pengayuh beca di negeri ini pada tahun hadapan.

“Tapi syaratnya, kita minta mereka ini daftar kerana penglibatan beca dalam industri pelancongan ini ada berdasarkan survey yang kita buat.” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast