Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana proses tatakelola dan kesungguhan membanteras rasuah berjaya menghindarkan barisan kepimpinan daripada terlibat dengan amalan buruk ke arah membangunkan Malaysia yang lebih hebat. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. – MG