Foto Facebook USM.

KUALA LUMPUR – Majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang berlangsung ketika ini tiba-tiba menjadi trending di media sosial gara-gara rekaan jubahnya yang dikatakan berbeza daripada universiti lain.

Malah Facebook rasmi USM turut memuatnaik hantaran apabila menyedari nama institusi pengajian tinggi awam itu menjadi bualan hangat netizen terutama dalam kalangan alumninya.

“Betul ke sedang trending sekarang di socmed pasal jubah konvo paling cantik…? Dan khabarnya jubah konvo USM,” tulis USM hari ini.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali Azrul Zabidi di hantarannya menjelaskan secara santai jubah Konvokesyen USM yang paling popular dan tercantik di media sosial khasnya di Tik Tok

Katanya, biarpun telah lama dipakai, nampaknya baru setahun dua ini jubah konvo USM mendapat pujian dan kedudukan ‘ranking’ tertinggi di media sosial.

“Sehingga anak-anak muda dok komen, ‘Nak masuk USM la, sebab jubah konvo lawa’. Ada yang kata macam ‘Harry Potter’. Alasannya mudah.

“Masa hari konvokesyen, rata-rata graduan habiskan ratusan ringgit untuk persalinan depa. Ya la, ‘outfit of the day, OOTD’ katakan.

“Kebanyakan jubah konvo universiti lain biarpun menarik dengan sulaman songket dll tapi bertutup penuh. Baju OOTD tak akan kelihatan, hanya hujung lengan sahaja.

“Malah jubah ‘design’ lama ini kelihatan ‘bulky’ dengan lengan jubah yang lebar mengembang.  Ala-ala jubah hakim dalam mahkamah,” tulisnya.

Azrul menambah, jubah konvo USM pula adalah berkonsepkan ‘minimalist’ di mana warna ungu atau orang Tanjong atau orang bahagian pulau negeri itu panggil warna biji remia memang ‘striking’.

Ujarnya, jubah itu tiada sulaman, tapi ada belahan di lengan jubah dan bahgaian tengah jubah terbuka.

“Jubah tidak kelihatan ‘kembang’ dan terletak elok atas bahu. Jadi OOTD yang dipakai akan dapat kelihatan kemas bergaya bersama jubah konvo. Ada yang kata ala-ala ‘oversea’.

“Lagi-lagi kalau pi ambil gambar depan bangunan kolonial di Tanjong (Georgetown).

Saya pasti dengan ‘trend’ anak muda yang suka buat ‘content’ dan pandai ambil gambar cantik ini, banyak IPTA akan mula ‘upgrade’ jubah konvo depa.

“USM pun perlu ‘upgrade’ jubah depa dengan material baru, sedikit sulaman songket (atau batik?) supaya ada elemen tradisional dan moden.

“Juga, biar ada padanan variasi warna ungu yang lebih menarik pada jubah serta rekaan topi konvo USM dengan kemasan baharu. Belahan di tengah jubah USM juga mungkin boleh ‘diberatkan’ agar tidak mudah ‘menghilai’ ketika melangkah atau ditiup angin.

Namun Azrul memberitahu, perkongsiannya itu adalah secara santai dan jubah konvo tidak mencerminkan status keilmuan sesebuah universiti itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. mungkin perlu berterima kasih juga pada dr mastura mp kepala batas yg menjadikan USM sentiasa di bibir netizen sekarang ni…

  2. Jubah USM tak perlu diubahsuai lagi kerana sangat ringkas, santai, cantik & selesa dipakai. Pemakaian tak perlukan pin bagai supaya nampak natural, tidak ‘keras’.Tahniah kepada pereka asal…. Saya bangga memakainya..

Comments are closed.