Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk menyediakan garis panduan berlandaskan Islam mengenai isu penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) sebelum menggubal Rang Undang-undang (RUU) berkaitan teknologi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut perlu kerana teknologi itu harus selari dengan perspektif Islam yang merupakan pegangan rasmi negara.

“Setakat ini, perhatian terhadap AI ialah untuk melihat kepada penyediaan garis panduan dan etika penggunaan AI daripada persektif Islam.

“Berhubung dengan membina sebuah sistem AI, pihak kerajaan menerusi agansi yang bertanggungjawab akan memutuskan dalam erti kata lain kita akan adakan perbincangan dengan KDN, KPDN, MOSTI serta Cyber Sekuriti sama ada undang-undang berkaitan AI ini perlu dirangka atau sebaliknya,” katanya menjawab soalan lisan tambahan di Dewan Rakyat.

Mohd Na’im menjawab pertanyaan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menggub aal RUU secara khusus yang terkait dengan AI samada hak cipta dan harta intelek, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, tekonlogi AI perlu diperhalusi daripada segi konteks hukum dan fatwa daripada pihak yang berautoriti di bawah Perlembagaan Persekukuan.

“Undang-undang Negeri masih lagi terkait dengan kuasa yang diberi kerajaan negeri khususnya kepada mufti dan Jawatankuasa Fatwa sama ada terdapat keperluan untuk mewujudkan satu AI akan kita bincangkan apabila kita telah ada satu garis panduan dan juga etika mengenai penyelidikan AI tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, langkah untuk mengkaji garis panduan dan etika pengunaan AI perlu kerana perkara tersebut tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Malah katanya, Islam menganjurkan untuk tidak meletakakn prasangka awal kepada sesuatu hal yang belum diteliti kebaikan dan keburukannya kepada Islam.

“Pada peringkat awal perkembangan AI seperti ChatGPT pandangan terhadap teknologi perlu dinilai dari sudut neutral dan tidak berat sebelah dan tidak meletakkan sangkaan awal tanpa memahami kelebihan dan kekurangan dan bagaimana cara kerja Ai tersebut.

“Oleh itu isu yang berkaitan dengan AI, perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melihat kepada pelbagai manfaat yang akan diperolehi.

“Permasalah yang timbul pada teknologi ini perlu diperhalusi apabila berlaku pertembungan antara mudarat dan maslahan renteran daripada kelebihan dan kekurangan yang dimiliki.

“Isu AI ini perlu diteliti sewajarnya menerusi pihak berkepentingan dalam negara, isu tentang etika dan garis panduan penyelidikan dalam Islam agar selari dengan fahaman ahli sunnah,” katanya. – MalaysiaGazette