KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan ID Digital Nasional (IDN).
Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, kajian secara mendalam wajib dibuat terlebih dahulu dengan mengambil kira semua aspek keselamatan, privasi rakyat, kos dan lain-lain.
Ini kerana kata beliau, yang memiliki industri maklumat dalam negara dikuasai oleh bangsa asing dan sikap berhati-hati mesti diutamakan sebelum gopoh untuk melaksanakannya.
“Perlaksanaan IDN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan kegelisahan rakyat. Banyak persoalan, termasuk hal hal keselamatan dan privasi peribadi masih belum terjawab dengan meyakinkan.
“Pasti pelaksanaan Digital IDN memang seperti durian runtuh kepada yang diberi pelaksanaan projek ini dan menyerah privasi peribadi setiap rakyat yang majoriti orang Melayu.
“Pengalaman-pengalaman sebelum ini amat terkesan terutamanya kepada orang Melayu. Jangankan untuk bangunkan sendiri aplikasi baru saperti ini, namun untuk baiki pun tidak berdaya.
“Negara seperti Kanada yang jauh lebih maju dari Malaysia secara tegas menolak pelaksanaan IDN atas sebab keselamatan dan privasi rakyatnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Ibrahim lagi, dewasa ini, masalah penipuan cyber atau “Scam” masih tidak dapat dibendung dan kemungkinan besar pelaksanaan IDN, bakal mengundang satu lagi jenayah digital bentuk baru dalam masyarakat hari ini.
Ujarnya, IDN adalah satu “rantai ghaib” yang dipasang ke atas badan seseorang dimana kaedah Artificial Inteligent (AI) setiap pergerakan, citarasa hingga pemikiran pemakai IDN adalah mudah dikawal seolah haiwan yang dirantai.
Tambah beliau, rekod rasmi peribadi seperti Mykad sudah memadai.
“Pelaksanaan IDN bukan sahaja menambah beban tugas kakitangan KDN, malah akan meningkat perbelanjaan kerajaan.
“Yang bakal mendapat laba dalam perojek perlaksanaan IDN adalah cukung cukung atau kontraktor pembekal segala peralatan, bahan, software and hardware berkaitan,” katanya. – MalaysiaGazette
semoga Anuar Ibrahim gagal laksana IDH saya tak setuju dan rakyat semua bangkit pertahankan kepentingan agama bangsa dan negara