KUALA LUMPUR – Selepas berjaya mengeluarkan beberapa single hit tahun ini yang meraih lebih 14 juta pendengar wajah Dalia Farhana kini dipaparkan di Billboard Times Square, New York.
Penampilan Dalia Farhana merupakan sebahagian daripada kempen Spotify EQUAL yang merupakan kempen global Spotify untuk memacu kesaksamaan wanita dalam muzik yang menampilkan artis wanita dari seluruh dunia dan Dalia Farhana adalah wajah Spotify EQUAL Malaysia dan Singapura.
Dalia Farhana berkata, beliau berbesar hati dipaparkan di Spotify Equal Singapore & Malaysia Billboard di Times Square, New York City.
“Saya tidak pernah menyangka minat saya dalam muzik boleh mengiringi banyak hati sepanjang perjalanan hidup mereka, dan untuk itu, saya sangat bersyukur diberi peluang ini. Daripada membuat cover di bilik tidur saya, kepada berkongsi muzik saya dengan dunia.
“Dalia juga dikatakan akan mengeluarkan album sulungnya bertajuk “Take Care You” pada awal tahun 2024, majoriti lagu dalam album sulung Dalia Farhana, “Take Care You,” katanya.
Sebelas lagu dalam album Take Care You termasuk single popular Dalia “Langit Yang Sama dan Rumah. – MalaysiaGazette