Aishah

MELAKA – Penyanyi legenda, Datuk Aishah mahu lebih ramai rakan-rakan artis dan pemuzik di negara ini menghasilkan lagu-lagu bercirikan tradisional untuk mempromosikan identiti masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, usaha itu sekali gus dapat memastikan irama berkenaan tidak pupus di telah zaman susulan generasi muda yang lebih suka mendengar lagu-lagu moden.

“Kita kena ada jati diri untuk sayang dan kasih pada lagu-lagu asal datuk nenek moyang kita dengan memperbanyakkan lagi khazanah lagu tradisi dan lorat negeri diketangahkan dalam seni budaya negara.

“Saya harap (akan) ada koloberasi pada semua artis-artis, pemuzik menulis lagu-lagu berunsurkan tradisonal dan kenegerian untuk dikomersialkan kerana kalau K-pop boleh, kita juga boleh,” katanya.

Penyanyi lagu popular Janji Manismu pada 1990-an itu berkata demikian sebelum memulakan persembahan di hadapan hampir 1,000 penonton pada Showcase Neo-Tradisisme: Irama Tradisional Negeri Sembilan dan Melaka di Encore Melaka, di sini.

Mengulas lanjut penyanyi lagu berirama Melayu asli, ‘Bahtera Merdeka’ dan ‘Syurga Di Telapak Kaki Ibu’ pada 1990 berkata, walaupun lagu-lagu irama tradisional mungkin belum menjadi kegemaran masyarakat hari ini, ia boleh digarapkan dengan baik untuk diterima generasi muda.

“Malah, sepatutnya kita yang perlu menyokong irama tradisional, kena biasakan mendengarnya sebab kadang-kadang kita tak dapat terima kerana tidak menghayatinya,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast