Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) mengenakan hari ini memakai mafla ketika bersidang sebagai tanda solidariti terhadap penduduk Palestin.

Malah persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari meluluskan usul menyatakan solidariti untuk rakyat Palestin dan membantah kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, suara bantahan itu berikutan tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal menghentikan serangan berterusan rejim zionis itu.

Tambahnya, Pahang akan menghantar sumbangan kepada rakyat Palestin dengan sasaran kutipan sebanyak RM1 juta.

“Tahun lepas kita sumbang RM700,000, tahun ini kita beri RM1 juta. Dengan izin Allah akan sampai kepada Palestin dan kita ada syarat serta ada peraturan tentu.

”Kita akan serah sendiri sumbangan kepada negara Palestin dan kita tidak melalui orang tengah,” katanya selepas pembentangan Belanjawan Pahang 2024 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Terdahulu usul tersebut dikemukakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri  Syed Ibrahim Syed Ahmad susulan pembunuhan berterusan terhadap pemduduk di Gaza.

Sehingga kini sebanyak RM700,000 berjaya dikumpulkan melalui Tabung Palestin 2.0 kerajaan negeri optimis kutipan terkumpul mengikut sasaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast