Erik Ten Hag. Foto BBC.

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan berada dalam situasi sukar kerana hampir 50 peratus skuad Manchester United dikatakan telah hilang keyakinan terhadap bekas pengurus Ajax itu.

Menurut laporan Sky Sports, bilik persalinan skuad United ketika ini berpecah dan hukuman yang dikenakan oleh Jadon Sancho menjadi salah satu faktor dalam situasi itu.

Selain itu terdapat juga pertikaian mengenai kemahiran pengurus itu dalam membawa kelab besar seperti Manchester United.

“Beberapa pemain senior dilaporkan telah bercakap dengan Erik ten Hag tentang apa yang mereka rasa salah dalam kelab.

“Mereka dilaporkan telah bercakap dengannya tentang pengalaman mereka bermain untuk kelab besar, dan mereka merasakan bahawa pengurus perlu lebih sensitif dalam menanggani perkara ini.

“Selain itu banyak pemain Manchester United dilaporkan tidak berpuas hati dengan gaya permainan yang diguna pakai dan percaya bahawa mereka melakukan terlalu banyak larian yang tidak perlu semasa sesi latihan,” katanya laporan itu.

Sabtu lalu, Red Devils tewas di tangan Newcastle Sabtu lalu, kekalahan ke-10 mereka dalam semua pertandingan musim ini.

Ketika ini, skuad kendalian Ten Hag menghuni tangga ketujuh dan lima mata di belakang kelompok empat teratas di mana tekanan semakin memuncak buat ketua jurulatih dari Belanda itu.

United turut terperosok di tangga tercorot Kumpulan A Liga Juara-Juara dengan berbaki satu perlawanan dan sedar mereka mesti menundukkan Bayern Munich untuk berpeluang mara ke pusingan kalah mati. – Agensi