Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah premis tengah malam semalam ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza sekitar jam 1.45 hingga 3 petang semalam.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati ketiga-ketiga suspek mempunyai satu rekod dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod senarai hitam jenayah.

“Beberapa barang termasuk telefon bimbit, beg galas, sebilah parang dan sebuah kereta,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,  jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jelasnya, sehingga kini polis masih lagi mengesan beberapa suspek lain yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian hotline IPD JBS di talian 07-2182323. – MalaysiaGazette