Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – UMNO tidak perlu lagi memikirkan kerjasama parti itu dengan Pas, tegas Datuk Dr Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berpandangan, kerjasama itu tidak akan kekal lama dan langsung tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

“Buat masa ini tidak perlu difikirkan lagi kerjasama UMNO-Pas Ia tidak ke mana.

“Asasnya ialah politik. Ia tidak kekal dan tidak bermanfaat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pas-UMNO sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) selepas Pilihan Raya Umum ke 4 (PRU14) 2018 lalu.

Puad berkata demikian mengulas kenyataan seorang lagi MKT UMNO, Isham Jalil yang membangkitkan semula isu kerjasama antara kedua-dua parti apabila berkata Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk UMNO bermuafakat semula sebelum PRU16.

Isham mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Menteri Besar Terengganu itu menang besar di PRK Kemaman menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan lebih 37,000 undi.

Dalam pada itu, Puad berkata, kedua-dua pihak harus menutup pintu-pintu kerjasama dan terus maju kehadapan atas kerjasama yang telah dibina selepasa Muafakat Nasional terkubur.

“Justeru bila kerjasama ini dibangkit semula ia hanya marriage of convenience kerana PRK Kemaman. Lebih baik moving forward.

“UMNO dan Kerajaan Perpaduan tumpu menyejahterakan ekonomi negara dan rakyat, manakala PN jadi pembangkang yang konstruktif,” katanya lagi. – MalaysiaGazette