Zayn Rayyan Abdul Matiin

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang sebelum ini dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.

Ia susulan terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata,  pihaknya menbuka kertas siasatan bagi kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan terhadap mayat kanak-kanak tersebut.

“Kini kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zayn Rayyan yang dilapor hilang sejak kelmarin, ditemui tidak bernyawa berhampiran sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara

Mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai, pukul 10 malam.

Sungai itu berjarak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di apartmen tersebut.

Penemuan kanak-kanak itu susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sebelum ini berkata, kes diklasifikasikan sebagai mematian mengejut (SDR) sebelum keputusan bedah siasat diperoleh.

Kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan tersebut dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam. – MalaysiaGazette