Pengunjung mula hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR  – Program Setahun Bersama Kerajaan Madani membuka tirai hari ini di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati pengunjung mulai membanjiri stadium itu sejak 9 pagi tadi.

Pengunjung mula hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 DISEMBER 2023.

Tumpuan pastinya terhadap kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga 50 peratus, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-Cuti Cikgu serta saringan kanser payudara dan kanser serviks yang diberikan secara percuma, selain kempen antigangguan seksual.

Pengunjung mula hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 DISEMBER 2023.

Salah seorang pengunjung Hamdi Othman, 60,  menyifatkan program tersebut memberi manfaat kepada  rakyat untuk mengenali pelbagai agensi kerajaan dan perkhidmatannya.    

Hamdi Othman. Foto MUHD NA’IM, 08 DISEMBER 2023.

“Saya datang dari Shah Alam nak lupuskan al-Quran. Saya tahu di sini ada pelupusannya hari ini.

“Program sebegini bagus sebab banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung dan dalam masa yang sama mengenali agensi-agensi kerajaan yang ada dan perkhidmatan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Selain itu, S. Vijaya, 42, berkata, Program Setahun Bersama Kerajaan Madani ibarat pusat sehenti yang memudahkan orang awam sepertinya.

Pengunjung, S. Vijaya Sivanatham

Jelasnya, pelbagai urusan dapat diselesaikan di satu lokasi seperti membayar saman dan memohon pembelian rumah.

“Ada pelbagai reruai yang kita boleh lawati dan timba ilmu di sini sebenarnya. Program seperti begini sangat bagus seperti one stop centre kita boleh lawati banyak tempat sekaligus menyelesaikan urusan melibatkan agensi kerajaan dalam satu masa.

“Macam saya, selain bayar saman saya daftar STR. Jadi tidak perlu ambil masa seharian ke sana sini sehingga perlu mengambil cuti,” katanya.

Selain itu, Mohd Adam Azhar Zulkepli, 19, pula pada mulanya tertanya-tanya apakah Program Setahun Bersama Kerajaan Madani dan pengisiannya.

Mohd Adam Azhar Zulkepli

Namun apa bila melihat sendiri pelbagai program menarik yang diadakan sepanjang tiga hari bermula hari ini, remaja berkenaan tertarik untuk datang semula pada esok.

Katanya, informasi kesihatan, pertanian dan berkaitan makanan selain pameran daripada pelbagai kementerian antara yang mencuri hatinya.

“Program seperi ini memang menarik dan informatif.  Informasi daripada pelbagai kementerian. Ia bagus saya, kita boleh belajar banyak sebenarnya selain jualan pun pelbagai di sini,” katanya.

Sebagai rekod, program berkenaan akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Pengunjung mula hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 DISEMBER 2023.

Selain pameran informasi daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai barangan keperluan menerusi Jualan Mega Madani yang membabitkan 226 operator jualan terdiri daripada usahawan, pasar raya besar dan agensi yang menawarkan potongan harga 30 peratus.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut menyertai program berkenaan dengan pelbagai aktiviti sebagai contoh permainan interaktif, Demonstrasi Fruit Carving (IMAT), Program Aquaskap (DOF), perkongsian usahawan dan banyak lagi.

Pengunjung mula hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 DISEMBER 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan majlis penutupan pada Ahad ini. – MalaysiaGazette