Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas Pelancaran Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCAS) sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) dengan rebat sehingga RM2,400 mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Meskipun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru memperkenalkannya kurang 24 jam namun insentif untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) semakin diterima dengan baik.

Bagi seorang veteran tentera, Armugam Subramaniam, 61, insentif kerajaan itu boleh menggalakkan orang ramai beralih kepada kenderaan yang mesra alam sekitar.

Armugam Subramaniam

“Kalau kerajaan bagi subsidi untuk beralih daripada motosikal petrol kepada elektrik, ia amat terbaik supaya kita boleh mengurangkan pencemaran udara.

“Saya dari dulu sampai sekarang pakai motor, ia amat terbaik motor adalah pengangkutan senang nak parkir, mudah bergerak dan boleh elakkan kesesakan,” katanya kepada MalaysiaGazette di Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Tambah Armugam, insentif itu merupakan pendekatan yang baik untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup khususnya golongan B40.

“Ramai orang dekat Malaysia pakai motor, kalau kerajaan bagi subsidi untuk beralih kepada motosikal elektrik, itu adalah satu pendekatan bantuan kerajaan kepada rakyat B40,” katanya.

Bagi Norhafizah Abdul Rahman, 45, motosikal elektrik yang bakal diperkenalkan kerajaan mesti mampu milik sebelum orang ramai boleh menerima dan beralih kepada EV.

Norhafizah Abdul Rahman

“Saya minat motosikal elektrik sebab dia lagi bagus, bila pakai elektrik ini dia tak ada asap, tiada pencemaran udara. Belum cari lagi, kalau ada kita akan pakai datang, kalau harga bermula RM4,500 murah boleh beli satu.

“Dengan motosikal elektrik kita boleh menjimatkan kos,” katanya.

Sementara itu, bagi Azizi Safwan pula, MARiiCas merupakan satu inisaitf yang terbaik untuk mengurangkan pelepasan karbon khususnya daripada asap motosikal.

“Saya baguslah sebab kita pun bila ada EV ini kita walk the talk kita nak ke arah ekonomi hijau. Saya rasa ini satu inisiatif terbaik daripada kerajaan.

“Dulu kita banyak motosikal yang banyak asap dengan EV kurang sikit pencemaran udara ketika waktu pergi kerja, masa kesesakan jalan raya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Galak guna motosikal elektrik, kerajaan tawar rebat hingga RM2,400

 

2 Komen

  1. “Saya minat motosikal elektrik sebab dia lagi bagus, bila pakai elektrik ini dia tak ada asap, tiada pencemaran udara. Belum cari lagi, kalau ada kita akan pakai datang, kalau harga bermula RM4,500 murah boleh beli satu.

    “Dengan motosikal elektrik kita boleh menjimatkan kos,” katanya.

    Sementara itu, bagi Azizi Safwan pula, MARiiCas merupakan satu inisaitf yang terbaik untuk mengurangkan pelepasan karbon khususnya daripada asap motosikal.

    “Saya baguslah sebab kita pun bila ada EV ini kita walk the talk kita nak ke arah ekonomi hijau. Saya rasa ini satu inisiatif terbaik daripada kerajaan.

    “Dulu kita banyak motosikal yang banyak asap dengan EV kurang sikit pencemaran udara ketika waktu pergi kerja, masa kesesakan jalan raya,”

Comments are closed.