Penyokong pasukan JDT mula dijangka tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum 1 petang ini.

JOHOR BAHRU – Bahang kian terasa apabila lebih 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dengan Terengganu FC (TCF).

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata, dianggarkan 600 penyokong dari Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin di sini berlepas pukul 8 pagi tadi.

Mohd Fadzli

“Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos) terdapat bas-bas dari tempat lain dengan keseluruhan 109 buah bas yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti.

“Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelak sebarang masalah di sana nanti dan untuk final kali ini kami yakin JDT akan menang 3-0,” katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos hari ini.

Sementara itu, penyokomg wanita pasukan JDT, Kamariah A. Kadir, 48, tiba seawal 5.45 pagi bagi bersama-sama menyokong pasukan JDT.

Kamariah,Penyokong JDT

Beliau juga meramalkan skuad Harimau Selatan mampu menang sekurang-kurangnya 2-1.

“Saya sentiasa bersemangat dan saban tahun saya dan rakan-rakan akan bersama-sama ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan JDT.

“Semangat kesukanan dan jati diri untuk diri untuk JDT kerana kita bagi sokongan dari awal osampai ke final, setiap kali perlawanan katanya,” katanya.

Keterujan itu turut dikongsi peminat muda berusia 15 tahun dari Pontian, Nur Amirah Zulaikha Khairul Faizi yang merupakan kali pertama ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan malam ini.

Nur Amirah Zulaikha

“Ya, sokong.Yakin menang 3-1. Semuanya demi JDT .. kali ini saya lagi bersemangat kerana saya pergi bersama kawan baik saya untu merasai pengalaman ini.

“Harap JDT boleh menang malam ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong yang merupakan suri rumah Juliana Atan, 42, juga mengharapkan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Esteban Solari itu memandangkan rekod baik pasukan sepanjang musim ini.

Katanya, ini bukan perlawanan pertama di Kuala Lumpur yang disaksikannya.

Juliana

“Memang gembira dan sudah pasti mengharapkan pasukan JDT menang dengan 2-1.

“Saya mengharapkan padang disana tak bawa masalah memandangkan kita tahu kualiti padang di negeri kita sangat cantik,” uajrnya.

JDT, juara tiga kali Piala Malaysia dalam misi mempertahankan kejuaraan sekali gus menambah koleksi piala selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini manakala TFC memburu kemenangan kedua Piala Malaysia selepas melakukannya pada 2001. – MalaysiaGazette