KUALA LUMPUR – Remaja lelaki, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang kelmarin telah ditemui dengan selamat.
Perkara itu dimaklumkan seorang pengguna Facebook, Yusri Yunos apabila memuat naik status berserta gambar Muhammad Daniel bersama beberapa individu.
“Alhamdulillah…dijumpai dengan selamat dan sihat selepas dua hari pencarian.
“Terima kasih kepada semua yang berusaha mencari sejak dari awal sehingga malam tadi iaitu keluarga Danial, warga sekolah, polis Cheras, jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar,” katanya di laman sosial.
Berdasarkan pemerhatian pada foto yang dikongsikan, Muhammad Daniel ditemui di sebuah pondok menunggu bas.
Dia ditemui pada waktu malam dengan berpakaian baju-T dan seluar berwarna hitam sambil tangannya memegang sebuah buku.
Rata-rata netizen yang memberikan respon terhadap penemuan Muhammad Daniel mengucapkan syukur dengan masing-masing melahirkan rasa kasihan terhadap remaja itu yang kelihatan sugul.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan, Muhammad Daniel disyaki hilang sejak sejak Rabu dan kali terakhir dilihat di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak pukul 5.40 pagi.
Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Cheras berusia 14 itu dikatakan hilang dari asrama.
Ibunya, Shuhada Jamaludin memberitahu, anaknya pernah mengadu kepadanya pada Ogos lalu kerana menjadi mangsa buli di sekolah.
Bagaimanapun dia tidak mendengar aduan tersebut daripada anak lelakinya itu.
Kehilangan Muhammad Daniel dilapor kepada pihak polis Cheras untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Daniel Akmal dilihat kali terakhir di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak
kalau anak mengadu kena buli kenalah pergi berjumpa pihak sekolah bagitau, mereka masih budak2 nak menghadapi pembuli yang biasanya ramai dan xberhati perut tu. Pernah berlaku pada anak perempuan saya, saya terus jumpa gurubesar bagitau n jumpa budak2 pembuli tu.