DHUMY dikendalikan Fakulti Pengajian Antarabangsa di bawah kelolaan YEG Academy yang bekerjasama dengan Kolej Antarabangsa Inovatif.

KUALA LUMPUR – Young Education Guidance (YEG) Academy yang menjalinkan kerjasama dengan Kolej Antarabangsa Inovatif berjaya melahirkan seramai 354 graduan sulung Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) sejak kursus itu diperkenalkan pada Mei 2020.

Ketua Pegawai Operasi YEG, Mohamad Fikri Hasbi berkata, DHUMY kini semakin mendapat permintaan tinggi kerana kursus itu telah diinovasi agar lebih relevan kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, DHUMY bukan sekadar melahirkan golongan mutawif semata-matra sebaliknya menawar kerjaya dalam bidang pengurusan gaji dan umrah dalam skop yang lebih luas.

“Senario semasa industri haji dan umrah bakal berkembang dan memerlukan lebih ramai tenaga industri mahir untuk membantu para jemaah yang dijangka meningkat setiap tahun.

“Lebih menarik lagi apabila usaha ini juga mendapat sokongan oleh pakar-pakar industri antaranya seperti syarikat-syarikat pelancongan Islamik terkenal yang menawarkan latihan praktikal.

“Justeru, DHUMY yang mewajibkan pelajar semester akhir menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madina sekaligus menjanjikan jaminan kerja sebaik tamat belajar,” katanya pada Majlis Pra Graduan di sini semalam.

DHUMY dikendalikan Fakulti Pengajian Antarabangsa di bawah kelolaan YEG Academy yang bekerjasama dengan Kolej Antarabangsa Inovatif.

YEG Academy dan Kolej Antarabangsa Inovatif akan memperkenalkan sistem pembelajaran berasaskan kerja (WBL) pada tahun depan.

Mengulas lanjut, Mohamad Fikri menambah, pada tahun depan, kedua-dua pihak akan mengorak langkah ke depan dengan memperkenalkan sistem pembelajaran berasaskan kerja (WBL) pada tahun

Beliau berkata, ia adalah inovasi terkini dalam modul pendidikan tinggi yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memenuhi permintaan anak muda hari ini.

Jelas beliau, ini kerana mengikut kajian pada akhir tahun 2022 di dapati sebanyak 72 peratus pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk sambung belajar kerana kebanyakan mereka tertarik untuk terus bekerja.

“Oleh itu, program diploma yang diinovasi  kepada WBL adalah menekankan ilmu praktikal bersama tenaga kerja industri yang berpengalaman dan pakar.

“Mengikut sistem, para peserta perlu menyelesaikan program diploma yang dipilih termasuk DHMU di mana selama 12 bulan pembelajaran di dalam kelas secara teori dan 18 bulan latihan industri secara praktikal di lapang.

“Lebih menariknya lagi tentang sistem ini, pelajar yang menjalani praktikal akan dibayar gaji penuh dan diberikan penginapan serta makanan percuma sepanjang sesi bekerja,” katanya. – MalaysiaGazette