Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah diminta untuk beri penjelasan berkenaan hukum menyimpan dan membekukan mayat.

Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan tentang perkara itu dalam kalangan masyarakat.

“Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat dan saya telahpun meminta Datuk Luqman untuk memberi pandangan beliau.

“Meskipun kejadian itu berlaku di Selangor, tidak salah bagi seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian menyayat hati itu,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada media selepas Sidang Media Bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Bangunan MAIWP, di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru semua mufti negeri memberi kerjasama mengeluarkan pandangan umum bagi apa-apa isu yang melibatkan hukum.

“Masyarakat akan tertanya-tanya sekiranya ia melibatkan persoalan hukum. Jadi dengan kuasa yang ada, tidak salah untuk mufti mengeluarkan pandangan dengan segera,” tambahnya.

Sebelum ini tular mengenai kes yang mana seorang mayat bayi lelaki berusia sehari yang meninggal dunia selepas dilahirkan disimpan dalam peti sejuk sebuah hospital swasta selama dua minggu.

Ini berikutan ketidakmampuan ayah bayi itu untuk membayar bil hospital berkenaan yang terletak di Selangor.

Dalam pada itu, Skuad Jejak Asnaf MAIWP telah mengenal pasti keluarga tersebut dan akan turun bagi menghulurkan bantuan dengan segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast