Rizal Ghazali. Foto Facebook Kedah Darul Aman FC.

KUALA LUMPUR –  Bek kanan Sabah FC, Rizal Ghazali mencetuskan spekulasi apabila dia dikatakan akan kembali ke Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas meninggalkan pasukan Hijau Kuning pada musim 2022.

Kontrak anak jati Alor Setar, Kedah itu bersama Sabah FC akan tamat pada penghujung musim ini dan Rizal juga seolah-olah memberi bayangan apabila dia membuat majlis perpisahan bersama rakan di negeri Di Bawah Bayu itu, baru-baru ini.

Mesej pada kek berkenan memeberi gambaran dia akan pulang semula ke pangkuan Kedah pada musim depan.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan antara ‘tulang belakang’ Sabah FC  yang kini berada di tangga teratas Kumpulan H Piala AFC 2023/24 sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir Zon Asean dengan satu perlawanan berbaki.

Sementara itu, kepulangan semula bekas pemain itu mula timbul juga mendapat reaksi pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad yang memuat naik ciapan ‘welcome back to Darul Aman’ pada laman X miliknya.

Meskipun Hafizal tidak menyebut figura tersebut namun sudah ada desas-desus mengatakan ia adalah Rizal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast