NEW YORK – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai 193 negara akan akan mengadakan sesi khas mengenai Gaza esok.
Perhimpunan tersebut dibuat atas permintaan Mesir yang diwakili dutanya, Osama Mahmoud Abdelkhalek Mahmoud dan Mauritania yang diwakili Sidi Mohamed Laghdaf.
Presiden Perhimpunan Agung PBB Dennis Francis telah menerima surat daripada kedua-dua wakil pada 8 Disember lalu.
Osama bertindak atas kapasiti Pengerusi Kumpulan Arab manakala Sidi sebagai Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam.
“Sehubungan dengan itu, saya dengan berbesar hati untuk memaklumkan kepada anda mengikut resolusi ES-10/21 27 Oktober 2023, saya akan memanggil mesyuarat pleno ke-45 bagi sesi khas tergempar kesepuluh Perhimpunan Agung pada hari Selasa, 12 Disember 2023 pukul 3 petang di Dewan Perhimpunan Agung, Ibu Pejabat PBB, New York.
“Delegasi yang ingin menyampaikan kenyataan dijemput untuk menulis melalui e-deleGATE,” katanya dalam kenyataan.
Surat wakil itu menekankan keperluan untuk bersidang semula berikutan “Ahli Tetap Majlis Keselamatan” memveto resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan Gaza yang merujuk kepada undian bantahan daripada Amerika Syarikat (AS).
Resolusi 377 membenarkan badan PBB untuk mengambil tindakan apabila terdapat petunjuk bahawa Majlis Keselamatan PBB mungkin gagal “menjalankan tanggungjawab utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa”.
Jumaat lalu, AS menjadi satu-satunya negara dalam Majlis Keselamatan PBB yang mengagalkan resolusi gencatan senjata di Gaza.
Sekutu utama Israel itu memveto draf resolusi bagi mendesak gencatan kemanusiaan di Gaza, yang dikemukakan di Majlis Keselamatan PBB.- Agensi