kenderaan kerajaan Malaysia CPI budaya politik imigresen sempadan rakyat rasuah
Jais Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Anggota-anggota Kabinet perlu membuktikan kepada rakyat mereka memberi keutamaan terhadap nilai integriti dan karisma kepimpinan bersih serta bebas rasuah dalam melaksanakan tugas.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata, kesedaran keadaan rasuah di kementerian masing-masing masih lagi serius perlu ditangani segera.

Menurut beliau, nilai integriti, ketelusan dan kemahuan melawan rasuah serta salah guna kuasa mesti dizahirkan menerusi pelantikan pegawai kepada anggota Kabinet yang mempunyai rekod bersih.

“Kepercayaan rakyat terutamanya golongan usahawan yang sering berurusan dengan pegawai kerajaan mesti ditingkatkan dengan inisiatif antirasuah yang lebih jelas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jais mengulas mengenai rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau menambah, MCW mewakili rakyat yang mahu Malaysia yang bersih dari rasuah menggesa kerajaan melakukan reformasi yang lebih agresif untuk membebaskan negara daripada cengkaman salah guna kuasa dan peyelewengan wang rakyat.

“Berkhidmatlah dengan penuh amanah demi kestabilan politik, kemakmuran rakyat dan bekerja keras untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat senario sosial dan ekonomi dunia yang semakin meruncing,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast