Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua dalam rombakan Kabinet hari ini.

Pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pagi tadi, Amir mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadpaan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Amir Hamzah dilantik menerajui KWSP pada 1 Mac 2021.

Sebelum itu beliau merupakan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kerjaya Datuk Seri Amir Hamzah bermula apabila beliau menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Berhad dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) daripada Universiti Syracuse, New York. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast