ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

PETALING JAYA – Polis akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk perumahan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam esok.

Perjumpaan itu difahamkan akan diadakan kira-kira pukul 9 malam di Dewan Orang Ramai Blok L, Apartment Idaman di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, perjumpaan itu merupakan aktiviti biasa yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

“Memang sebelum ini pun kita adakan perjumpaan untuk terangkan situasi semasa, ia satu perkara yang rutin bagi kawasan Petaling Jaya ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tinjauan MalaysiaGazette  mendapati lebih 25 anggota forensik dari PDRM IPK Selangor melakukan pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R bagi mendapatkan bahan bukti membantu siasatan kes kematian kanak-kanak, Zayn Rayyan Matiin.

Pemeriksaan rumah ke rumah bermula 8.40 malam tadi telah tamat sekitar pukul 10.30 malam selepas para anggota polis dilihat meninggalkan bangunan perumahan itu dengan membawa bersama dua peti. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis bawa keluar dua peti selepas periksa rumah di Apartmen Idaman