Pasukan Forensik PDRM meninggalkan lokasi pukul 10.30 malam tadi bersama barang yang dikumpul menerusi pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman Damansara Damai Petaling Jaya malam tadi.

PETALING JAYA – Selepas kira-kira lebih dua jam, anggota pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai melakukan pemeriksaan rumah Blok R, Apartmen Idaman di Damansara Damai di sini malam ini.

Pemeriksaan yang dilakukan bagi siasatan kes pembunuhan kanak-kanak, Zyan Rayyan Matiin bermula kira-kira 8. 40 malam dan berakhir kira-kira 10.30 malam apabila sekumpulan kira-kira 25 anggota Unit Forensik PDRM dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor itu dilihat keluar dari blok berkenaan.

Terdahulu mereka mengadakan proses pemeriksaan setiap rumah di blok perumahan tersebut bagi mengumpul bahan bukti membantu siasatan lanjut dalam kes kematian kanak-kanak Zayn Rayyan yang didapati dibunuh pada 6 Disember lalu.

Semasa keluar meninggalkan perumahan Blok R, pasukan forensik dilihat membawa dua peti bersama mereka.

Difahamkan peti tersebut mengandungi bahan bukti yang boleh membantu siasatan menjejaki suspek kes terbabit.

Kesemua anggota berkenaan tiba ke perumahan itu malam tadi dengan lebih empat kenderaan pacuan empat roda milik Unit Forensik PDRM Kontinjen Selangor.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kehadiran pasukan Forensik dan JSJ IPK Selangor berkenaan untuk membantu mendapatkan bahan bukti bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam masa sama, beliau juga menjelaskan keputusan ujian saringan DNA yang telah dikumpul selama ini dijangkakan memperolehi keputusannya dalam masa tiga hari lagi.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anggota forensik PDRM periksa setiap rumah di Blok R

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast