PETALING JAYA – Ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin bersama adik bongsunya, kelihatan bergegas meninggalkan kediaman mereka di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Pemantauan MalaysiaGazette mendapati ibunya, Ismanira Abdul Manaf dan bapanya, Zaim Ikhwan dilihat terburu-buru memasuki kereta Perodua Myvi berwarna hijau selepas 5 minit polis melakukan rondaan.

Walaupun ibu bapa kepada kanak-kanak Autisme itu berada di rumah dipercayai sejak pagi tadi, namun unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak kelihatan meneruskan siasatan.

Sebelum ini, mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air berhampiran kawasan kediamannya oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari bersama pihak polis.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman kira-kira jam 10 malam, 6 Disember lalu.

Kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa. – MalaysiaGazette