KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice hari ini membuat permohonan maaf kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan video yang dimuat naiknya  baru-baru ini.

Jelas Ariz Ramli, 35, video berkenaan hanya dituju kepada individu yang terlibat dengan insiden pelajar maut dilanggar pada 15 Disember lalu.

“Saya minta maaf kepada sesiapa termasuk PDRM yang mungkin terguris hati terasa dengan hantaran saya, ianya sebenarnya dituju dengan orang yang terlibat dalam satu kes di SMK Jati hanya tuju kepada dia tidak ada kaitan dengan anggota polis lain.

“Bapa saudara saya pun ada yang pernah jadi Ketua Polis Kelantan pada 2003, ada yang askar, jadi keluarga kita ada saja kakitangan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, beliau tiba di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 12.30 tengah hari.

Caprice kemudian selesai memberi keterangan selepas sejam kemudian.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Datuk Afdlin Shauki.

Mengakui kesilapannya, Caprice berkata sebagai rakyat beliau maklum kepentingan untuk tidak melaga-lagakan isu tersebut sehingga mencalarkan imej PDRM.

“Kita sebagai orang awam termasuks aya kena hati-hati setiap hantaran yang kita buat sulaya tidak melagakan isu tersebut. Dalam masa yang sama kita sentiasa di sini ada untuk pertahan mangsa apa juga kes. Terima kasih PDRM dengar suara  kami semua,” tambahnya.

Sementara itu beliau memaklumkan pihak polis merampas dua telefon bimbit, komputer riba, kamera dan kad SD miliknya bagi tujuan siasatan.

Dalam pada itu Caprice memaklumkan kehadiran Afdlin pada hari ini adalah sebagai memberi sokongan moral dan nasihat kepadanya.

Baru-baru ini, beliau memuat naik sebuah video tentang insiden tersebut dan menggelar anggota polis berkenaan menggunakan kata-kata kesat.- MalaysiaGazette