Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua sungai di Kelantan dilapor melepasi tahap bahaya susulan hujan berterusan sejak semalam sehingga pagi ini.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, dua sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Aring di Felda Aring yang mencatatkan bacaan 80.3 meter (m) dan Sungai Lanas di Air Lanas iaitu 29.66m.

Sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 8.38m.

Sungai lain melepasi paras waspada adalah Sungai Lebir di Kuala Koh (69.97m); Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan (33.66m); Sungai Galas di Dabong (36.03m).

Selain itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.14m); Sungai Golok di Kuala Jambu (2.18m) dan Sungai Semerak di Jambatan Melor (7.81m).

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, mangsa banjir meningkat kepada 856 orang pagi ini berbanding 670 mangsa malam tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 235 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast