Gambar hiasan. Foto MALAYSIA GAZETTE, 20 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Lapan sungai di Terengganu melepasi paras bahaya susulan hujan berterusan sejak beberapa hari ini.

Laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran berkata, lapan sungai yang melepasi paras bahaya adalah tiga di Hulu Terengganu, dua di Dungun, dua di Kemaman dan satu di Setiu.

Manakala sembilan lagi sungai berada di paras amaran selain dua lagi kategori waspada.

Selain itu, sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Berang di Kampung Menerong dengan bacaan 25.45 meter (m); Sungai Peneh di Felda Mengkawang (37.73 m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (21.99 m).

Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja (38.8 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (14.22 m) di daerah Dungun.

Sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, masing-masing mencatatkan bacaan 19.76 m dan 14.15 m, juga melepasi paras bahaya termasuk Sungai Nerus di Kampung Langkap yang mencatatkan bacaan 21.10 m juga direkodkan melepasi bahaya.

Sementara itu, sembilan sungai direkodkan melepasi tahap amaran adalah empat di Setiu; dua di Besut serta masing-masing satu di Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman.

Sungai di parit utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus (3.28 m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman (3.25 m) pula melepasi tahap waspada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast